Johan Jr.

Traffic Light

12:01 AM by thejoker

Pada suatu hari, 2 orang rakan serumah, Ah Bee & Zetty, sedang meronda-ronda menaiki kereta bersama..bersama-sama ye..bukan bersenggama..di dalam perjalanan itu, mereka pon berborak seperti biasa..perbualan mereka rancak seperti lagu citer Cak-Cak..namun situasi menjadi tegang secara tiba2 apabila sampai di persimpangan...perbualan mereka lebih kurang macam ni la..

Ah Bee ~ Zet, break Zet! traffic light MERAH tuh!!!
Zetty ~ Ala..rilek la Ah Bee...abang aku biase buat..

Dalam kelajuan yang tinggi, Zetty memandu BLM Wish nyer dengan penuh konfiden sambil mengembang2 idung beliau..Ah Bee pun mengelap peluh yang mengalir di atas dahinya..perjalanan di teruskan lagi..hati Ah Bee masih berdebar2 kerana dia tau laluan yang mereka ini perlu melalui lebih banyak traffic light lagi di depan..

Ah Bee ~ Zet, traffic light tengah MERAH tu..benti la dulu..
Zetty ~ Ah Bee, ko jangan la takot..aku selalu tgk abang aku buat..ok je..ko rilek je k..aku yg bawak ni..

Dan seperti di dalam filem Speed, Zetty terus menekan pendikit minyak beliau setiap kali traffic light merah..dan begitulah keadaannya setiap kali mereka berhadapan dengan traffic light MERAH di sepanjang perjalanan itu..keadaan ini telah membuatkan Ah Bee kusut masai kerana berada dalam keadaan ketakutan yang teramat..

Perjalanan masih diteruskan..Zetty terus memecut sehinggalah tiba di satu traffic light ini..dengan tiba-tiba Zetty memperlahankan kenderaan sedikit demi sedikit..Ah Bee bingkas menegakkan badan melihat apa yang telah berlaku..betul-betul sampai di garisan traffic light yang sedang HIJAU itu, Zetty memberhentikan kenderaan sambil meletakkan gear pada kedudukan "P" sambil menarik handbrake..dengan muka selamber ya-ya, Zetty pun mengunggu sambil melihat ke kiri dan kanan berulang-ulang kali..

Ah Bee terus kepelikan..beliau menghantuk2 kepala ke dashboard cuba memahami tingkah laku rakannya tadi..beliau juga menggigit ibu jari kaki bagi memastikan yang beliau tidak bermimpi, dah pasti..keadaan itu betul2 berlaku..Zetty berhenti di traffic light!!!! Menakjubkan!!! untuk meleraikan kekusutan, Ah Bee pun membuka mulut untuk bertanya..

Ah Bee ~ Oit Zet..ko ni dah kenape??
Zetty ~ Kenape ape??
Ah Bee ~ Cube ko tengok keta belakang dah hon-hon tuh..siap main2 lampu lagi..
Zetty ~ Ah, dorg tu yang bongok.. (sambil melihat di cermin pandang belakang dan mengacungkan jari tengah keluar tingkap)
Ah Bee ~ Oit..ko ni pon..mane la dorg x marah..dah ko benti kat traffic light HIJAU..
Zetty ~ X bole Ah Bee..bahaye..
Ah Bee ~ Ape pulak yang bahayenye..traffic light tengah HIJAU tu kan..yang traffic light MERAH sume tadi pon ko redah x bahaye pulak?
Zetty ~ Tu lain Ah Bee..ni traffic light tengah HIJAU..aku takot abang aku datang dari arah sana..

Labels: ,