Johan Jr.

Kenali Diri Korg - Bersama Dr. "thejoker" Kamsah

6:12 AM by thejoker

Yeah..thejoker kembali dgn jerung beroda..hahaha..dah macam ding dang la plak..kali ni aku bt bende len sket..bukan pasal aku..tapi pasal diri korg masing2..kali ni aku hidangkan korg dgn satu bende yg agak menarik..pade aku la..bende yg aku maksudkan tu adalah care nak tau sifat diri kite masing2..macam si nabil tu cakap, ha kite pk la same2..

Aku posting bende ni bukan nak suh korg percaye..tapi saje2 nak buang mase korg..aku tau korg teruja nak bt ni..hahaha..ok, sebagai permulaannya, aku nak intro sket la pasal bende ni..kehidupan akt dunia ni boleh dikategorikan kepada 5 elemen..iaitu logam, air, api, kayu dan tanah..elemen2 ni la yg akan mewakili sifat2 korg tu..masing2 ade beza..dah elemen2 ni gak dibahagikan kepada 9 sektor lagi yg diwakili oleh nombor..bukan no ekor tau..

Ok, skang ni masalahnye adelah korg sume xtau ape no yg mewakili korg kan?? korg xtau?? aku pon xtau..hahaha!!! camni2..korg akan menggunakan tarikh lahir korg utk mendapatkan no tu..n no tu nanti plak akan menunjukkan elemen ape yg korg wakili plak..paham x? klu x paham g tadika balik k..jgn lupe ajak aku skali..pasal aku sendiri pon x paham..hahahaha!!!

Ok2, senang cite camni la..aku dah tunjukkan jalan kerja kat bawah ni..xla sesukar hukum Boyle ataupun teknik belahan dedua..cume tambah2 jek..senang je..korg bole bt sambil menapuk dahi member korg ataupun sambil memakan begedil daging untuk membatalkan puase korg..ikut je cara kat bawah ni..kite amek contoh tarikh lahir aku la..(Senang sket aku nak bt pasal aku dah kire..hahaha)

~ contoh tarikh lahir pada 17/08/1985

(A+B) (C+D) (E+F) (G+H)
1 7 0 8 1 9 8 5

pastu korg tambah je setiap no2 yg bersebelah tu mcm ni..

(8+8) (1+0) (1+3)

(1+6) (1+4)

(7+5)

(1+2)

(3)

sampai abes n dapat 1 no camni = 3
cuba la...pastu korg dah bole cube tgk nilai diri korg...

1 = Korg merupakan Ketua, pemimpin @ taiko la (untuk kumpulan, keluarga, agama [yeke ni??], kerajaan, persatuan, dll), berani, tegas, mempunyai cita-cita tinggi, berkeyakinan diri, suka bebas. (LOGAM)

2 = Korg mempunyai idea yg bernas, tidak mempercayai kebolehan diri, berfikir dulu sebelum berkata-kata, kuat bercakap, Pandai Berkata-kata, Menyanyi, Berpidato, Pensyarah, pedebat dan boleh dikatakan lebih banyak menggunakan vocal (suara). Contohnya Siti Nurhaliza. Penyayang, lembut hati, tidak suka bersendirian, suka menolong, suka buat kerja org lain, selalu fikir dan peka ttg perasaan org lain. (AIR)

3 = Korg ni aggresif, panas baran, kurang sabar, kreatif, suka bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria, mudah bergaul, mempunyai kelebihan lisan dan perkataan yg boleh di gunakan dlm bidang penulisan dan lakonan. Suka membuat sesuatu tapi jarang menghabiskan dan menyudahkan, suka melihat org lain gembira dan lakukan apa saja untuk melihat org itu gembira. (API)

4 = Korg ni perancang yg bagus, bijaksana, degil, suka ikut cara yg tersendiri, mampu bersabar, tekun bekerja, suka kerja keras, suka melakukan tugas secara sendirian, sgt peka, mempunyai cita-cita tinggi, mudah tertarik dgn aktiviti luaran, keras hati, fikiran dan kehendaknya sukar di ubah. (KAYU)

5 = Korg ni serba boleh, menceburkan diri lebih dari satu kerjaya dalam satu masa, amat berhati-hati, suka mencuba perkara baru, sikap ingin tahu, suka ambil risiko, bersemangat, mudah terpengaruh dgn perkara-perkara yg merugikan bakat, sentiasa sibuk mencari sesuatu peluang, mempunyai tenaga dan semangat yang kuat, mempunyai perasaan yg dirinya sentiasa dlm keadaan muda, degil, keras kepala, beremosi, pemarah. (TANAH)

6 = Korg mewakili kesenangan dan kekayaan, displin, teratur, tersusun, lebih menumpukan pada kesempurnaan diri sendiri, tidak suka sambil lewa dan kemalasan, cekap, degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan, suka buat kebajikan, suka membantu dan mejaga orang, romantik. (LOGAM)

7 = Nombor bertuah, Suka berfikir, suka kesempurnaan, penganalisa, menerima sesuatu jika ada fakta, belas kasihan, suka membantu, minda yg baik, suka mencari dan menyelesaikan sesuatu perkara yg tersembunyi, suka berahsia, suka mempersoalkan tetapi tidak suka di soal, gemar memberi contoh dan teladan yg baik. sangat berpengetahuan, penyelidik yg baik, banyak pengikut. (AIR)

8 = Berkebolehan mengurus sesuatu institusi, sibuk melihat dan mencari-cari sesuatu, sering tertekan, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yg baik, tegas, Kuat bekerja/belajar, mempunyai perancangan yg hebat. (API)

9 = Cintakan sesama manusia, suka menolong org, bersifat gagah, boleh dipercayai, boleh di harap, menanggung beban tanpa sunggutan, tekun, berusaha, boleh menghiburkan org lain, suka berahsia, tamak, suka mengharapkan ganjaran, kurang bersimpati, tiada tolak ansur, tidak sensitif terhadap perasaan org lain, imiginasi yang baik atau kreatif, penghibur. (KAYU)

Ha..amacam geng?? ade kena x dengan sifat2 korg.. klu ade tu bagus la..sekurang2 nye kite sedar dgn sifat kite sendiri..yg mungkin kita xtau atau lupe..klu xde tu, pon bagus gak..pasal aku telah berjaye mambuang mase korg utk bace bende ni...hahaha..ok la, dah bace tu ape g..tggl2 la komen kat bawah ni..kan itu perbuatan yg bagus lagi berketerampilan..ha, skang lu pikirlah sendiri!!!

p/s: bende ni aku amek dari blog membe blogger aku..bende yg baik kite kongsi2kan..harap maklum..tq bro..