
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Ekoran daripada hal itu, seorang Pegawai Perancang Zoo & Taman di zoo berkenaan, Encik Dashrin, menasihatkan seorang pekerjanya supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.
Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu sekali lagi mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Begitulah yang berlaku setiap kali Encik Dashrin mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, dianggarkan sudah kira-kira 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu. Namun keesokan paginya kanggaru itu tetap dan masih terlepas lagi.
Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelah si kanggaru ini iaitu seekor lipan pun bertanya kepada kanggaru itu, “Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?”. Kanggaru itu menjawab, “Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".
Post a Comment